Kisah kuliah bahasa.

Bismillah walhamdulillah

Tadi waktu makan tengah hari, saya singgah cafe evoke(nama cafe di uia) dan kerana terlalu penuh, saya pun minta izin dekat dua org sister yg saya tak kenal pun utk duduk sekali.

lalu saya pun memulakan perbualan singkat dan saya tahu sister dua org tu adik first year (sebab intake baru 15/16 dapat beg hijau uia dan diaorg berdua bwk beg tu).

"kos ape adik?" saya mulakan bicara.

^^ "saya kos econ(ekonomi) dan dia BAR (bahasa arab), tapi kami celpad (kuliah bahasa)." jawab adik tu dengan segan silu.

"owhh celpad, mcm mana dik? ok study?"

kawan die yang BAR tu jawab tanpa senyuman. " ok ape kak, dah lambat ni. tah bile masuk kuliah."

^^,
"adik, kite sama!! akk pun direct intake (bukan dari asasi uia, masuk melalui STAM/STP/Dip). ehh best kot kt celpad, jgn stress sngt, just enjoy the moment in celpad. seriously!"

"tapi kak org lain sume masuk kuliah dah, borinng."

then kawan saya nama dia Muslimah sambung lah sesi ceramah bagi memberi semangat dekat adik2 tu walaupn adik tu tetap tk puas hati masuk celpad.

bila dikenang, di ingat, direnung, diri ini juga begitu!

saya terlalu memikirkan umur ketika di dalam celpad hingga kadang2 tidak fokus kerana terlalu memikir diri ini belum masuk kuliah sedang kawan lain telah exit, dan kawan2 dri universiti lain sudah masuk senior year. :,

setelah pass exam kuliah bahasa(bukan satu sem tapi setahun bru exit ye), mulalah fasa penyesalan kerana tidak ambil peluang dan ruang masa yg sangattttttt banyak untuk betul2 improve my language both arabic and eng dan juga menyesal tidak mengeratkan betul2 hubungan silaturrahim dgn kwan international yg sangtt ramai.

bila dah msuk ke alam kuliah, untuk katamkan satu buku (bukan buku utk assgmnt, buku2 tambahn lain) sngt2 susah. keluar 8pagi sampai bilik malam dan kadang2 sudah pagi.

maka terbuktilah sabda Rasulullah S.A.W "
 Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu 1) masa muda mu sebelum tua mu, 2) masa sihat mu sebelum sakit mu, 3) masa kaya mu sebelum miskin mu, 4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan 5) masa hidup mu sebelum mati mu"
 riwayat Muslim.

maka saya harap dari cerita saya, sahabat2 dapat reflect diri shbt2 dan smoga Allah sntiasa memandu dn memberi hidayah atas segala perbuatan kita .


*rindu nk masuk celpad semula* >.<


wallahua'lam.





(ni gambar kelas saya sem 1,tengok Malaysian jd minoriti which kami bertiga, dua pmpuan sorng lelaki melayu je sampaikan bila update kt fb gmbr ni, shbt2 yg tak tahu sy study kt uia ingt sy g study luar ngra ...hu3)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top-down, Bottom-up

theory

USR ke Penang