Sekolah Menengah!


Tali kasut di buka dan di ikat semula berulang kali. Tudung labuh bulat berwarna putih bersama jarum di sisi pipi yang ditelak oleh umi dikemaskan. 

'takutnye masuk sekolah agama. Mesti peraturan lagi ketat dari Sek Men Sri Tualang. Kenapalah aku tak ikut je cakap orang suruh teruskan sek Sri tu. Sek agama dah lah kene pakai tudung labuh, pakai stoking, kene study 21 subjek, bahasa Arab pulak tuu! (pening).'

     "Ateh cepatlah keluar dari kereta, ambil semua fail, jagan tertinggal sijil-sijil nk daftar ni. sekejap lagi ramai orang." Ayah bersuara.

Hari pertama ke sekolah menengah tidak ditemani oleh umi bersama kerana pada hari yang sama PASTI Al-Hidayah Paya Luas(tadika Islam) membuka pendaftaran untuk kemasukan baru dan umi terpaksa menunggu di sana pada hari tersebut. Sebab yang kedua adalah ini merupakan tahun ke-4 aku duduk di asrama, jadi umi tidak begitu risau sepertimana kerisauan umi terhadap abang dan kakak-kakak ku mendaftarkan diri di Asrama. 

Pagi yang murung kerana tiada umi dan adik-beradik(semua dah daftar masuk asrama) bersama juga murung kerana sepupu seusia dengan ku semua masuk ke sekolah agama yang sama yang berhampiran dengan rumah nenekku, cuma aku tercampak di sekolah agama ini. 

Kaki panjang ayah aku melangkah laju mencari meja pendaftaran. Selesai pendaftran, kami ke koperasi dan terus ke Aspuri( asrama perempuan) untuk pendaftaran bilik. Aku ditempatkan di aras dua dan aspuri tersebut berhadapan dengan bangunan sekolah dan terletak betul-betul di tepi jalan raya.

     "Tingginya ayah aras 2, dekat sini mandi shower ke? ateh g tandas tadi macam banyak rosak je."

soalanku dibiar sepi. 

aku tidaklah begitu terkejut dengan keadaan sekolah agama kerana semua adik-beradik ku diwajibkan oleh ayah ke sekolah agama walau bagaimanapun keputusan upsr dan aku pernah lihat keadaan yang lebih dhaif dari sekolah yang aku daftar ini.

      "barang ayah angkat dah semua. Loker pun ayah dah pasang kunci. Kunci letak kat tali,jagan bagi hilang. Ni pembalut buku dengan seletip. Nanti kemas barang, kalau ade ape-ape bagitahu Aisyah (sepupu aku tingkatan 4). Ayah balik dulu dan ni duit syiling kalau nak telefon." aku salam dan menciam tangan ayah. Perasaan bercampur baur sebab kene kemas barang sorang-sorang. Orang lain semua ada ibu ayah tolong.

'ok sarieyah, cepat kemas barang! kau dah 13 tahun bukan budak-budak dah^^.'

aku mengeluarkan semua pakaian dari dalam beg ,lipat dan gantung di dalam loker kayu petak berwarna coklat.

'Allah keciknye loker. mane muat .nanti buku nak letak mane? kenapa laci kecik sangat. maut isi ape je ni.' (rase geram loker kecil sebab di SMK Sri Tualang, loker buku sama besar dengan loker yang aku dapat untuk loker pakaian).

Kemudian aku menyalut tilam dengan cadar biru berlogo sekolah yang baru dibeli di koperasi sebentar tadi dan aku ambil semua buku teks untuk dibalut. Tiba-tiba seorang Makcik mendekati dan menugurku.

     "adik sorang-sorang je ke? mak ayah mana? dah siap kemas barang ke?"

     "umi ayah saya dah balik makcik :) ." aku menyahut pendek dengan senyuman sambil mneruskan kerja membalut buku. Pada saat itu air mata sangat rajin untuk menunjukkan diri! 

'sarieyah tahan sarieyah, ni bukan kali pertama kau masuk asrama, simple je pun kemas barang, balut buku. kau balut buku start darjah 3 kot, dah pro dah pun.' aku memujuk hati.

* * *
Loceng makan tengah hari berbunyi. Aku kurang berselera untuk turun ke dewan makan yang terletak di tingkat bawah Aspuri. Aku hanya duduk di katil sambil membelek-belek buku teks yang siap dibalut.

'semua dalam Bahasa Arab. Tauhid,Nahu,Fiqh dll. macam mane ni. Angah cakap setiap subjek kene buat folio. Folio dalam bahasa Arab.Argh. ' Rasa runsing kian tersebar di sudut hati.

Setelah semua ibu bapa keluar dari Aspuri, aku meletakkan kepala di bantal dan tertidur. Katil aku betul-betul dihadapan pintu bilik 2C(nama bilik). Mungkin penat mengawal emosi atau mungkin juga penat mengemas barang sorang-sorang, mudah sahaja bagiku untuk melelapkan mata.

Setelah beberapa jam..Lenaku tergangu oleh satu sentuhan dan suara yang sangat aku kenali.. memanggil namaku....

* * *bersambung inshAllah..




(bangunan belakang saya tersebut adalah Aspuri 1)




Ulasan

  1. Balasan
    1. hehe..nantikan sambungan...tk de masa lagi nak sambung T-T

      Padam
  2. kak sariyah cepat sambung :)peminat setia nk tau citer selanjutnye . hehe

    BalasPadam
  3. http://profsiti.blogspot.my/2015/12/sekolah-menengah-2.html

    ni sambungan ..trima kasih baca ^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top-down, Bottom-up

theory

USR ke Penang