Sekolah Menengah ! #2

*** aku membuka mataku.

hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku ketika itu.

"ateh bangun, selotip dengan gam letak kat mana, umi nak balut loker ni." (untuk kemaskan dan cantikkan loker kayu tersebut, umi akan beli pembalut hadiah warna kegemaran kami dan kebiasaan umi balut masa mula-mula dapat loker).

aku terpinga-pinga. mimpikah?

"Umi?.."

aku bangun mengambil selotip dan gam lalu ku hulur kepada umi. Aku kembali duduk di sisi katil.

"makan tak tadi?" soal umi sambil tangannya lincah menggunting dan melekatkan kertas pembalut hadiah berwarna merah jambu ke seluruh loker kayu ku.

aku diam. masih terkejut, juga terharu dengan kehadiran Umi. bola mataku beralih ke luar tingkap. 'oh,sudah hampir gelap. lepas maghrib kene berkumpul di surau.'

tidak sampai 5 minit loker kayu yang kurang aku hargai berubah menjadi loker yang paling aku sukai di dalam dunia ini. Segala-galanya kemas dan rapi disusun oleh Umi.

"nanti jangan lupa turun makan. dah nak maghrib ni, umi nak balik dah , apa-apa telefon ye."umi menghulurkan tangan untuk bersalam.

aku masih tidak bersuara. aku ambil tudung dan ku sarung. niatku untuk menghantar umi sampai ke kereta.

"tak payah turun lah, kejap lagi nak kene berkumpul dekat surau untuk orientasi kan. hujung minggu ni umi datang inshaAllah." umi mengerti gerak hatiku.

"ha, okey. " jawabku ringkas sambil mencium tangan dan pipi umi ku.

***maka bermulalah sesi orientasi di sekolah baru , suasana baru , kawan baru, peraturan baru juga garis panduan pemakaian yang baru!

Pada hari pertama orientasi, kami dibekalkan dengan wirid dan doa selepas solat, al-Ma'thurat dan tentatif untuk orientasi selama seminggu. Kami juga diberi sehelai kertas yang tersenarai nama semua exco asrama dan kami diminta untuk memenuhkan kertas tersebut dengan tandatangan mereka sebelum sesi orientasi tamat.

maka ke hulu hilir lah kami membawa kertas-kertas tersebut. 

Siang hari di sekolah, kami akan duduk di dalam dewan untuk berkenalan dengan guru-guru baru juga subjek-subjek yang sangat tidak 'familiar' bagi sesetengah dari kami. Aku tidak pernah berkesempatan duduk di barisan hadapan di dalam dewan. Bukan kerana aku hadir lewat ke dewan, tapi tahun kami merupakan tahun pengambilan tingkatan satu paling ramai di sekolah tersebut.

Pada waktu malam, kami disediakan dengan pelbagai aktiviti oleh exco dan senior. Kami juga diwajibkan untuk menghafal wirid dan membacanya kepada kakak yang menjaga kami. Aku juga masih ingat, kami  diajar dalam satu sesi khas berkenaan solat masbu' (kalau tak sempat dengan imam pada takbir pertama) , aurat , solat juga perkara-perkara asas tentang Islam. 

Allah indahnya. 

Bagi aku yang alhamdulillah dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan agama, aku sudah tahu sedikit sebanyak dan mudah bagiku untuk 'tangkap' apa yang diajar . Wirid dan al-Ma'thurat juga tidak begitu sukar bagiku untuk hafal kerana sudah acap kali aku dengar Umi atau Ayah ku baca. 

tapi bagi sesetengah orang, itu satu perkara yang sangat baru bagi mereka.

pada waktu itu, aku belajar dan memahami apa erti  'perbezaan latar belakang'.

***inshaAllah bersambung.



(classmate 4 ibnu sina SMA Al-Khairiah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top-down, Bottom-up

USR ke Penang

theory