alone.

bismillah walhamdulillah

Minggu sebelum cuti study week merupakan minggu yang agak sunyi sbb rata-rata student yang duduk jauh dah balik sebab dorang beli tiket balik rumah ,awal. Klu masuk kampus time ni,msti rase mcm kampus Zombie! sume org hilang kene makan ngn zombie ha3 (pengaruh movie)

Aku mcm biasa, minggu free aku balik, minggu tak free aku balik, minggu study week ke tak study week ke aku akan terbang ke negeri kesayanganku. (so tk de perasaan pn nk balik awal ke tak ke.)

Kelas last sblum cuti, separuh kelas hilang, tetapi kls still on mcm biase, Lepas habis kelas, ade classmate ajak lunch sekali. ermm , first time member tu ajak gi makan, so aku tk tolak lah sbb muke die mcm ade masalah je. die tk dpt tiket balik ke? assignment kene tolak, so tk leh balik? exam mase study week (saje reka, exam study week,lecturer lah jawab ha3)?

sampai cafe, (kt cafe cuti tk cuti full sokmo) classmate tu pn start cite die.

"wei, hang penah rase tak hidup hang sunyi gila? (member ni org kedah, boleh lah try bace slang kedah).

"mmm pernah, nape oak ni? ok dok? "

"hang taw dak, hari ni hidup aq rse useless gila. aq buat apa sume tak kena. aq masuk kelas, aq rasa aq ni mcm strangers . aq rasa semua dok perati aq lah." (die smbung dgn muka yg agak sedih)

"cube cite elok2, tak paham, oak study ok? assignment tk siap ke?"

"aq bukan ape, aq rasa mcm ni sebab biasanya aq berdua. ko perasan kn kawan aq tu, budak terengganu tu, tapi die balik awai. so sume kls hari ni aq pergi sorng2. jalan sorang2. naseb hang ade teman aq makan lunch."

aku terdiam.

Allah, sahaja tahu apa yang aku lalui tiga tahun berada di Kampus atap biru ini.

aku tidak pasti bagaimana keadaan kampus lain sebagai title "direct intake" (tak masuk asasi universiti tersebut, masuk melalui Stam, stpm, diploma). tetapi di kampusku, kadang2 dn rata2 kami hanya berkawan sesama kami, kerana susah nak rapat dengan geng asasi. (ini bkn fakta lagi, nnti aku buat research pasal ni ye, tp ni ape yg kami perlu lalui).

ye betul firman Allah, surah alBaqarah, Allah tak akan uji kita melebihi kemampuan kita.

sudah tiga tahun di kampus, berjalan, makan, ke kelas tanpa mengharapkan orang sebagai teman. Sudah lali dgn perkataan "sendiri" "sorang" . Tetapi, "sorang" ini akan effect aku setiap awal sem sbb semua kelas lecturer akan suruh buat group untuk assignment dan presentation. Maka terkontang kanting menunggu sume group cukup dan menunggu diri ini dicampak ke group yang tidak cukup orang . kebiasaan aku msti tercampak kt group foreigner.

Kenapa tak cari kawan satu kelas? satu kos?

kerana sistem Kampusku yang pelik, kami tidak ade classmate yang tetap dari tahun stu hingga tahun empat. setiap sem dan setiap kelas kami akan bertemu org yg berlainan dari tahun yang berlainan sebab semua subjek kami kene susun dan add berdasarkan plan masing2. bukan mcm sesetengah univerisiti yang sudah menyiapkan study plan from first year smpai final year.

dan kebanyakan student, ramai yang add kelas sama-sama dengan geng, jadi yang tk de geng, add je lah , dan hadapilah sume sorang2.

kenapa tak geng dengan direct intake lain?

kebanyakan direct intake sume kos lain. kalau ade kuliyah sama pun, major lain.

wlau bagaimanapun, aku gembira (walaupn kekadang sedih gok ha3) alhamdulillah. walaupn aku belum lagi berjumpa sahabat di kampusku , aku masih ade sahabat2 di usim, ukm,uum,jepun,india,mesir,jordan,um dll.

jangan kite pandang sesuatu perkara sebagai masalah, tetapi pandanglah sebagai cabaran.

aku sering berfikir, adakah Allah uji aku macam ni sbb mungkin suatu hari nanti aku dapat belajar lagi jauh, sorang2?

inshaAllah. (road to phD. ^^)

wallahuA'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top-down, Bottom-up

USR ke Penang

theory