USR ke Penang

Bismillah walhamdulillah

2 hari 2 malam di Penang membuka ruang sy mengenali manusia dari sudut pandang yang berbeza dan membuka ruang fikiran untuk lebih terbuka.


“Jika kamu ingin mengenali kawanmu, maka, makanlah dengannya, tidurlah dengannya, dan bermusafirlah dengannya…”
(Umar Alkhattab)

Alhamdullillah setelah tiga tahun belajar dan menjalani latihan Silat Cekak Malaysia di Uia, baru diri ini dipilih Allah untuk mengambil Ujian Sijil Rendah.

Pada awalnya, sy memang sangat berminat dengan segala jenis Martial Art dan sejak dari tingkatan 4 tidak berkesempatan untuk masuk dan belajar seni pertahankan diri. Pada waktu tu, kat sekolah ade Silat Gayong.

Masa STAM, ada seorang sahabat ajak join Te Kuan Do (tk tahu betul tak eja) tapi masa tu rase tak boleh go on sebab bayaran yang mahal dan cara belajar yang pelik (kene sepak tinggi2 yang mana kurang sesuai untuk wanita pastu masa berlawan "sparing" tu tk gune sngt apa yg kite belajar tapi gune gaya bebas) . Pada masa yang sama, di sekolah ade orang buat pendaftran untuk Silat Garuda. 

Lepas majlis ijazah, hanya 3 ke 4 kelas yang sy pergi, lepas tu tk pergi dah sebab sy tak rasa sy dapat guna jurus2 tu kalau saya kene serang. Silat tu terlalu banyak bunga dan masa tu juga saya mula mengkaji jenis2 silat dan asal usul beberapa Silat Melayu.

nak dipendekkan cerita, masa masuk Uia, sy tahu ade beberapa jenis silat diajar di Uia, dan sy cuba dapatkan maklumat dn mula sertai silat dengan tujuan untuk pertahankan diri sebab saya sangat suka naik bas atau balik sorang2 dri kl ke pahang (nk harapkn org teman selalu susah ). Jadi andai kata kene serang, kita ada ilmu nk buat apa, tak de lah panic sangat. Sebab kedua mungkin juga pengaruh dari along dan ayah sebab selalu juga borak pasal silat kat rumah menyebabkan sy teruja sngat nk join silat.

Betul Allah jaga kita, tp ni ikhtiar sy untuk jaga nyawa yg Allah beri dan keluarga sy pn benarkn sy join alhamdulillah.

Kami bergerak ke Penang malam Jumaat 4 buah kereta; 14 orang ahli tamat, 3 tenaga pengajar dan sampai di rumah abg Syarhan(ahli PSSCM jaga) pukul 2 pagi. Malam tu sy rasa sume tak boleh nak tidur, cuak tak ingat buah(jurus silat). Rata2 bila borak sume cakap bila tidur nampak buah , mata pedih otak gerak.

pagi pukul 9 kami bergerak ke uitm penang. Kelas sy yg asal hanya 4 org serikandi dan masa nk pergi test USR ni , kami dicampur dengan kelas lain dari uia Pj.

(sebelum bergerak ke UITM penang, yg tengah dua lelaki tu cikgu Silat kami)


(alhamdulillah dah siap test, penat sangat. Penat tunggu turn dan penat kene serang dengan tester. alhmdulillah semua lulus. Road to convocation!! )

sebelum naik feri kami ke rumah abg fakhrizal, bacaan yasin dan doa (sume tersengguk baca yasin huhu)  . dapatlah makan malam sekali. 

(lepas penat test, sume ajak naik feri, ramai yg first time naik termasuklah saya^^' dan inilah 4 org serikandi dri sem 1 duk menghadap muke satu sama lain,mcm tk de org lain dah kt uia ni)


(bergambar bersama tuan rumah sebelum pulang)


(kami sempat juga singgah ziarah Kubur pak Ak , ustaz ishak bin itam guru utama kedua Silat Cekak selepas ustaz hanafi dan mendengar sedikit sebanyak cerita tentang diri dn keperibadian beliau dari tenaga pengajr yang sempat bersua muka dengan beliau)

  
(singgah kedai mak jah mee udang area perak, bergambar tepi jalan sebab tuggu turn nk duduk, penuhhh bak hang tapi mee udang die terbaikkk)

Alhamdulillah, walau bagaimanapun, semua selamat sihat dn tk de cedera parah kene serang dengan tester.

dan sy juga dapat kenal dengan sume sebab kami ade modul taaruf dalam kereta yang menyebabkan sume org tk leh tido dan stiap kali berhenti kami akan soal sume org sama ada die dh settle taaruf dengan ahli dalam kereta die ke tak.

sedikit sebnyak penglaman bersama Ahli PSSCMUIAM ke penang .

wallhu Allam. smoga Allah jaga dan kekalkan ukhwah ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ask! don't assume!

Top-down, Bottom-up

alone.