ask! don't assume!


bismillah walhamdulillah

Pagi jumaat yang barakah. Tadi baru balik dari program "Subuh Congregational Prayer" yang di anjurkan oleh Majlis perwakilan pelajar dan kerjasama dengan kelab i-Masjid dan Mahallah.

Alhmdulillah meriah sangat-sangat bila dapat solat subuh jemaah di Masjid. Kebiasaan dan kebanyakan muslimat memang solat subuh sendiri di bilik dan kalau ada peluang dapat berjemaah dengan roomate. Bila tidur ramai-ramai di masjid, teringat zaman sekolah; sebelum tidur baca al-mulk, baca doa ramai-ramai, pillow talk , orang buat bising masa kita nak tidur, kawan kacau dan lain-lain. Rindu dan tersangat rindu zaman di mana ibadah kita di masukkan dalam sistem dan warta disiplin. seriously sangat rindu.

Aku malam semalam ditugaskan untuk update kehadiran ahli usrah yang mana kiteorang diwajibkan untuk hadir walaupun program tu tak wajib pun. 

Satu per satu whatsapp masuk untuk maklum ketidakhadiran juga kelewatan kerana beberapa urusan dan assignment yang perlu dihantar hari ini.

tetapi ada beberapa orang tidak respon dan tidak maklum pun sama ada dia hadir atau tidak ke program malam semalam. erm?

                                              

kalau orang tak respon? apa biasanya kita buat? dan apa biasa yang kita dapat kalau kita tak respon? ada tak orang call dan tanya?

miscall? text msg? whatsapp betubi2? kecaman? ancaman? surat layang? ASAP (bold and huruf besar di group?) - over lah pulak, maaf!

apa orang yang respon perlu buat? sebagai orang yang update, apa sikap yang perlu kita tunjukkan?

                                               

Untuk kali ini, aku ambil inisiatif untuk call atau msg personal bukan online! sebab aku sudah tidak atau kurang percaya dengan medium "alam maya" yang memudahkan kerja seharian tetapi kadang kala mendatangkan jutaan sengketa.

Call dan tanya. 

telefon dan tanya.

dail number dan tanya. 

please don't assume! jgn agak-agak, rasa-rasa, ikut hati sebab kita bukan TUHAN yang boleh tahu keadaan orang dan kita bukan MALAIKAT yang tidak pernah silap.

so! please ask!

"amboih, banyak duit hang nak call semua orang!"

Memang aku sayang duit aku kalau nak call semua orang, tapi aku lagi sayang silaturahim yang Allah hadiahkan dekat aku, tapi aku sia-siakan. Tak kan sebab perkara kecil, perkara furu'(cabang), aku tidak bertegur sapa, bermasam muka, terasa hati sedang banyak lagi matlamat lain nak bergerak sekali nanti. Lagipun Rasulullah sendiri sangat menitikberatkan tentang silaturrahim.

Bila call and msg,

baru tahu, 

si A ni tak de duit nak beli data, wifi tk laju tapi dia datang cuma tak sempat nak bagitahu atau respon online.

si B tertidur lepas isya di bilik kerana sangat penat.

si C ni jatuh tandas lepas mandi.

Allah, alhamdulillah Allah pilih kita join duduk kat masjid i'tikaf dan solat jemaah.

tetapi point dia, bila kita tanya kita tahu. Sama macam pepatah melayu, " malu bertanya sesat jalan", tak nak tanya, tak habis lah duduk assume orang ni itu ini, akhirnya tiada lagi rasa manis dalam sesebuah ikatan kerana sikap "judgemental" dah terbina bila sikap "assume" itu tak di buang!

so JANGAN MAIN RASA, TANYA!

salam jumaat, wallahu a'lam






#supportFajrcongregationalprayer












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top-down, Bottom-up

theory

USR ke Penang