theory

Salam 6 Ramadan

Sedang ralit(khusyuk) study untuk last paper final exam hari jumaat ni, tiba-tiba muncul beberapa soalan dalam kepala sampai tak boleh dah nak sambung study..

"memang manusia begitu kah? guna bila perlu, buang bila tidak lagi sempurna. Masa perlu, jumpa depan-depan, buat surat, dsb tetapi bila tak perlu , kene buang macam tu sahaja."

------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam theori sosiology, di bawah tajuk ' social construction of reality' , Balvino ada menyebut bahawa, "sesuatu perbuatan manusia dibentuk oleh dua benda; status and role (status dan peranan)". Dua perkara ini mampu menjadi kayu ukur terhadap perbuatan manusia dari semasa ke semasa.

Di bawah Role(peranan) pula, ada 7 pecahan dan salah satu daripadanya adalah "role ambiguity". Role ambiguity ini adalah apabila seseorang itu tidak jelas akan peranan diri dia sendiri dan ini akan menyebabkan dia itu tidak mampu berfungsi dengan tepat mengikut apa yang perlu dia kerjakan dan tidak dapat memenuhi 'expectation' orang terhadapnya. In short, die tak faham pun kerja dia apa dan orang harap apa.

Contohnya; dia seorang ketua kelab kecatikan kelas. Tugas die bagi kelas cantik tetapi die tak jelas pun nak cantik tu kriteria dia apa, kene beli pasu ke, hiasan macam mana dsb menyebabkan dia mudah terpesong dari kerja asal die dan kadang-kadang menyebabkan dia tidak buat kerja.

Hasil dari 'role ambiguity' juga dalah seseorang itu akan demotivated untuk membuat kerja kerana dia tidak jelas apa yang dibuat walaupun telah berusaha sedaya upaya dan ia akan membawa dia ke jenis 'role' yang terakhir ... iaitu.... "role EXIT". Bilamana dia tidak mampu untuk teruskan juga tidak mahu lagi untuk teruskan (frust) , dia akan ambil jalan yang mudah bagi dia : BERHENTI, atau contoh dalam buku , cerai.

Jadi apa kaitan soalan dalam otak saya dan theori ini??

Kaitan dia adalah, manusia ini memang ciptaan dia tak sempurna dan 'sering' lupa dan buat silap, maka, daripada theori ni, apa yang saya nampak adalah 'punca' kepada 'role ambiguity' tersebut adalah peranan orang yang lebih berpengalaman atau orang atasan atau orang lama untuk memperjelaskan apa yang dia mahu dari orang bawahan dan apa yang orang bawahan perlu capai. Kalau kat graf tu nama dia 'titik persamaan'. Bila tidak ada titik persamaan ni, masing-masing tidak jelas tugas dan kerja masing-masing dan terus menerus mencari silap, memecat perkerja, bercerai berai dll.

Tambahan, generasi kini bukan lagi membesar seperti generasi dahulu yang mana bila kita kata 'tidak boleh', maka 'tidak boleh' lah yang dia ambil dan dengar.

kini 'tidak boleh' perlu disusuli hujah dan rasionalnya (maaf saya bukan geng rasionalist). Kalau disuruh buat sesuatu, walaupun baik , tetap perlu reason dan jangan dibiar tergantung yang boleh menjauhkan atau menghilangkan atau merendahkan hormat orang bawahan terhadap atasan.

Jelas kan tugas masing-masing dan kpi supaya mudah di ikuti dan dapat mengurangkan persengketaan. Kalau tukar seribu orang pun terhadap satu 'position' tu, tetapi kerja,mengurusan dan pelaksanaan tidak jelas, sampai bila-bila tak mampu untuk membangun dan berkembang. btw , kite bukan kos agama nk syarah hadith dan quran, baca sendiri surah-surah yang berkaitan pengurusan , surah as sajdah, surah yunus, surah saf,(kalau google pun jumpa).

oklah nak sambung study, kalau nak tahu lagi pecahan-pecahan 'role' dan 'status' tu, tunggulah kalau ade soalan kat otak ni yang berkaitan. huhu

doakan saya exam!

next mungkin pasal 'communication in political science' - 'top-down' and 'bottom-up'. (sebab communication lah asas semua perkara)


assalamualaikum..
adios

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ask! don't assume!

Top-down, Bottom-up

alone.