Top-down, Bottom-up

bismillah alhamdulillah

Salam 25 ramadan semua!

Jadi hari ini saya akan sambung dengan tajuk yang saya sebut dari catatan saya yang lepas;  'top-down' and 'bottom-up'  approach .

Sebenarnya term ini boleh dijumpai dalam buku-buku psychology , tetapi memandangkan saya jurusan sains politik, jadi saya akan terangkan term tersebut dari perspektif  kos saya. Biasanya pendekatan top-down bottom-up  sangat penting untuk badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan untuk mencipta sesuatu polisi (policy) . Saya belajar mengenai perkara ini masa semester dua subjek 'Public Admin'.

orite! Jom mula ulangkaji! :) (bagi yang baru dengar term ini, boleh baca slow2 dan semoga bermanfaat >.^ )

Mencipta sesuatu benda baru untuk dilaksanakan dan dijalankan oleh semua warga kerja atau seluruh masyarakat bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan penelitian, kajian, rujukan dan pelbagai kerja supaya polisi yang baru itu mendatangkan banyak faedah serta dapat memperbaiki masalah yang sedang di alami dalam komuniti tersebut.

Sebagai contoh, polisi 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita sekarang yang merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sosial. Polisi ini memerlukan perincian dan pelbagai kerja sebelum diperkenalkan kepada rakyat kerana apabila polisi ini dilancarkan, ia melibatkan kuantiti wang, tenaga dan masa yang banyak untuk menjayakan dan merealisasikannya. Maka pendekatan top-down bottom-up adalah antara perkara utama yang perlu di jalankan sebelum polisi itu dibentuk.

Secara umumnya, top-down bottom-up ini adalah satu pendekatan untuk menganalisa pandangan pekerja/rakyat atau secara ringkasnya komunikasi dua hala antara orang atas(pembuat polisi) dan orang bawah (penggerak/pekerja) mudah dan tiada halangan. Pihak atasan perlu menyediakan medium khas untuk sebarang cadangan dan sentiasa bersedia menerima kritikan dan perlulah dipertimbangkan untuk buat polisi baru dan orang bawahan perlu bersedia setelah satu polisi/keputusan itu telah dibuat.

Saya lihat pendekatan ini jarang dilaksanakan oleh orang kita kerana ego dengan seniority, pangkat dsb sehingga lahirlah idea-idea yang bernas malah boleh mengalahkan negara-negara dan syarikat-syarikat maju seperti Jepun dan Us tetapi tidak rasional dijalan di syarikat atau negara sendiri.

Tidak kiralah organisasi kecil atau besar ,saya percaya pendekatan top-down bottom-up mampu memajukan sesuatu organisasi kerana apa yang difikir orang bawahan kadang perlu diambil dan apa yang dicadangkan orang atasan perlu difahami supaya segala-galanya akan berjalan lancar. Pembaziran sumber manusia dan kewangan juga dapat dielakkan.

Disamping itu, kita boleh lihat dalam sirah Nabi Muhammad yang mana Baginda sangat berloteransi dan mendahulukan pandangan-pandangan sahabat-sahabat. Perbincangan dan komunikasi dua hala juga boleh mengelakkan salah faham, sengketa, perpecahan dan jurang antara policy maker dan doer.

jadi ada apa2 soalan?

kalau tak de, kelas dismiss :) , kalau rase tak berapa lengkap , bole google sebab banyak je rujukan pasal pendekatan tu atau boleh tanye kat komen di bawah.

assalamualaikum.




(gambar kat tempat intern :) ) 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USR ke Penang

theory